Sejarah Pusat Islam UNISEL
Pusat Islam Universiti Selangor (UNISEL) ditubuhkan atas kehendak Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Razali Agus, Naib Canselor UNISEL dalam satu pertemuan beliau dengan semua kakitangan bahagian Hal Ehwal Pelajar UNISEL pada 15 Ogos 2007, bagi menggantikan Unit Agama dan
Pembangunan Insan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang telah beroperasi selama setahun sebelas bulan di UNISEL, Kampus Bestari Jaya Selangor.

Unit ini telah berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti dan program dari semasa ke semasa, yang pada ketika itu berada di bawah kepimpinan, Naib Canselor UNISEL Prof. Dato Dr. Adnan Alias dan Timbalan Naib Canselor (HEA &HEP) UNISEL, Prof. Dr. Rustam Abbas.

Hasrat murni Prof Dato Dr Razali Agus menggantikan Unit Agama Dan Pembangunan Insan untuk dinaik taraf menjadi Pusat Islam UNISEL yang secara langsung di bawah pentadbiran pengurusan tertinggi iaitu Naib Canselor, adalah suatu yang murni dan perlu diberi pengiktirafan dan sanjungan oleh semua warga UNISEL. Ini selari dengan dasar kerajaan ketika itu semasa dibawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah menjadikan Islam Hadhari sebagai teras pentadbiran dan pengurusan negara Malaysia demi mengangkat martabat Islam sebagai Agama Rasmi Negara.
Secara langsung ia memberi ruang kepada semua staf Unit Agama & Pembangunan Insan yang telah diserapkan di bawah pentadbiran Pusat Islam UNISEL, agar dapat terus berperanan dengan lebih luas bagi menjadikan Pusat Islam lebih bergiat aktif melalui aktivitinya sebagai pusat membangun kecemerlangan modal insan serta pusat ibadah. Lokasi bagi pejabat pentadbiran Pusat Islam adalah di bangunan Masjid UNISEL, Kampus Bestari Jaya Selangor.
Situasi pertambahan bilangan pelajar dan perkembangan pesat dari sudut pembangunan fizikal Universiti, Pusat Islam telah melebarkan sayapnya dengan menubuhkan pejabat kampus cawangan iaitu di UNISEL Kampus Shah Alam, berdekatan Café dan bersebelahan dengan Surau. Pusat Islam turut bersama mengikuti arus perkembangan berkenaan dengan penubuhkan cawangan di kedua-dua kampus.

Leave a comment