Perutusan Pengarah

Selamat Datang ke Web Rasmi Pusat Islam UNISEL

Assalammualaikum

Setinggi – tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah SWT yang akhirnya laman web Pusat Islam telah berjaya dizahirkan sebagai wadah interaktif dalam menuju era globalisasi kini.

Laman web rasmi Pusat Islam UNISEL merupakan transformasi maklumat yang berkaitan dengan sejarah penubuhan yang berpaksikan visi dan misi yang menjadi tunjang belakang kepada unit-unit dibawah seliaan pentadbiran Pusat Islam iaitu Unit Masjid, Unit Zakat, Unit Pendidikan Smart Tahfiz serta Unit Wakaf & Sedeqah. Pembangunan laman web ini juga adalah bertujuan agar dapat memberi dan menyebarkan maklumat mengenai aktiviti – aktiviti Pusat Islam dan peristiwa semasa kepada masyarakat. Penghasilan laman web ini diharapkan dapat menyalurkan maklumat terkini, cepat dan tepat mengenai Pusat Islam UNISEL kepada masyarakat.

Akhir kata, saya mengharapkan agar masyarakat dapat makluman terkini mengenai kegiatan Pusat Islam UNISEL, agar mereka dapat bersama terlibat dalam setiap aktiviti dan program secara aktif dan konsisten.

DR. AHMAD ZAKI BIN HAJI ABDUL LATIFF
PENGARAH PUSAT ISLAM
UNIVERSITI SELANGOR