Objektif dan Fungsi

Objektif dan Fungsi

Pusat Islam, Universiti Selangor bercita-cita membina imej dan identiti baru ke arah objektif dan fungsi yang lebih bermaruah dan segar dalam Mendidik dan memimpin umat manusia dengan cara terbaik bagi mencapai matlamat murni insan sebagai hamba dan khalifah Allah melalui penyebaran ilmu yang benar-benar berteraskan adab, kualiti, kecemerlangan dan usaha menggerakkan dan menginovasi ke arah umat terbaik. Pusat Islam berharap dengan usaha yang berikut akan mendapat sokongan dan kerjasama dari semua pihak dalam merealisasikan cita-cita tersebut.

  • Menjadi penggerak dan pemangkin kepada pencapaian misi dan visi Universiti
  • Membentuk pelajar, staf dan anggota masyarakat sekitar ke arah menjadi warganegara yang beriman dan bertaqwa menerusi program ke arah membangunkan modal insan dalam bentuk kursus, latihan, seminar, wacana intelektual , bengkal, forum pengajian dan kuliah
  • Menanam nilai-nilai murni dan universal berasaskan al-Quran dan al-Sunnah (Ahli Sunnah Wal-Jamaah)
  • Memelihara, mengawal dan memulihkan maruah Islam dan umatnya daripada sebarang pencemaran dengan meningkatkan aktiviti-aktiviti ekonomi, penyelidikan dan pembangunan serta penerbitan menerusi kerjasama Jabatan, Fakulti, pelajar, staf dan masyarakat sekitar
  • Menjalinkan hubungan industri dengan jabatan-jabatan kerajaan dan bukan kerajaan serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam rangka mewujudkan perkongsian pintar
  • Menjadi pusat yang melaksanakan prinsip Amal Makruf Nahi Munkar