• Bestari Jaya, Selangor
  • +603 3280 5132 / 5134 / 5140
  • pusat_islam@unisel.edu.my

LATAR BELAKANG

Unit Zakat dan Sedeqah UNISEL telah ditubuhkan pada 29 April 2015 iaitu selepas pelantikan UNISEL sebagai Penolong Amil Zakat IPT bertarikh 30 Oktober 2014. Mesyuarat pengurusan telah memutuskan bahawa tanggungjawab pengurusan Tabung Amanah Zakat diletakkan di bawah seliaan Pusat Islam UNISEL di Kampus Bestari Jaya dan Shah Alam.

UNISEL berhasrat mengorak langkah lebih jauh di dalam pengurusan tabungan zakat dan sedekah dengan mekanisme tertentu demi memberi kelangsungan dan mencapai hasrat kerajaan Negeri Selangor agar menjadi sebuah negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan. Secara umumnya, pelantikan UNISEL sebagai Penolong Amil IPT telah melayakkan UNISEL menganggotai Sekretariat Zakat IPT yang dikelolakan oleh pihak Lembaga Zakat Selangor dalam pengurusan Kutipan dan Agihan Zakat IPT yang terdiri daripada 12 IPTA dan IPTS di seluruh Negeri Selangor.

Justeru, penubuhan Unit Zakat dan Sedeqah adalah sangat bertepatan dan selaras dengan Slogan UNISEL iaitu ”Shaping Society” yang diharap dapat mendidik seluruh warga UNISEL akan tanggungjawab menunaikan zakat juga keperluan bersedekah dan sumbangan umum. Secara tidak langsung, masyarakat sekeliling juga akan memperolehi manfaat daripada dana yang dikumpulkan serta diagihkan mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemegang Amanah.

Penambahbaikan sentiasa diperkemas seiring dengan keperluan semasa bagi memastikan ianya menepati sasaran dan peranan Pusat Islam/ Masjid.

Dan di bawah pengurusan Pusat Islam diletakkan dua (2) unit khas yang menjalankan fungsi dan mempunyai sistem organisasi, iaitu :

  1. Zakat dan Sedekah
  2. Smart Tahfiz

Need More Information?

Our faculty provides an exposure to real working environment via various programmes and the latest news about them will be announced through various communication channels, including Facebook and this website.

Contact Us