• Bestari Jaya, Selangor
  • +603 3280 5132 / 5134 / 5140
  • pusat_islam@unisel.edu.my

Latar Belakang & SejarahPusat Islam Universi Selangor

Pusat Islam dahulunya adalah Unit Agama dan Pembangunan Insan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP ) . Ianya ditubuhkan pada 1 Oktober 2005 oleh pihak Pengurusan UNISEL bagi menguruskan pentadbiran masjid. Pada 15 Ogos 2007 ia telah dinaiktaraf sebagai Pusat Islam bagi memantapkan pengurusan dan pentadbiran masjid di samping mempergiat pelaksanaan program dan aktiviti untuk warga UNISEL. Pusat Islam dan Masjid UNISEL terus mengorak langkah mengembeleng tenaga di bawah naugan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor HEP iaitu Prof. Madya Haji Zainal Abidin Bin Kidam selaku Nazir Masjid UNISEL. Pelbagai program dan aktiviti berjaya dilaksanakan dengan pengurusan pentadbiran yang lebih tersusun oleh pegawai Pusat Islam dengan kerjasama AJK Masjid UNISEL yang terdiri daripada staf . Kemudian Masjid UNISEL telah didaftarkan pada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor dan telah diluluskan pada 10 Julai 2009 dan seterusnya telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor pada 08 Ogos 2011 bersamaan 08 Ramadan 1432H.

Pada tahun 2014, Pusat Islam telah diletakkan dibawah pentadbiran Naib Canselor Unisel iaitu Prof. Anuar Bin Hj. Ahmad yang juga merangkap Nazir Masjid Unisel. Ia dipinda selaras dengan Pusat Islam Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang diletakkan di bawah Naib Canselor Universiti. Ini bermakna fungsi dan peranan Pusat Islam lebih besar sebagai satu jabatan khusus. Pejabat Pentadbiran Pusat Islam di Kampus Shah Alam berkongsi tempat bersama Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP). Manakala pejabat pentadbiran Pusat Islam Bestari Jaya bersebelahan dewan solat Masjid Unisel.

Pusat Islam dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid UNISEL telah mengatur strategi dalam pelaksanaan program dan aktiviti merangkumi 3 bidang utama iaitu:

  1. Pentadbiran dan Latihan
  2. Dakwah dan Takmir Masjid
  3. Helwa dan Penerbitan

Penambahbaikan sentiasa diperkemas seiring dengan keperluan semasa bagi memastikan ianya menepati sasaran dan peranan Pusat Islam/ Masjid.

Dan di bawah pengurusan Pusat Islam diletakkan dua (2) unit khas yang menjalankan fungsi dan mempunyai sistem organisasi, iaitu :

  1. Zakat dan Sedekah
  2. Smart Tahfiz

Need More Information?

Our faculty provides an exposure to real working environment via various programmes and the latest news about them will be announced through various communication channels, including Facebook and this website.

Contact Us